Wednesday, 25 February 2015

the new me

Fuhhhhh. Finnally. Selepas sejam aku menyelongkar blog yang dah 3-4 tahun aku tak buka ni. Finally aku dapat juga mengupdate blog ni. Legaaa mak.

Aku bukan apa. Dulu rajinlah mengepost macam-macam. Sebab dah namanya duduk rumah. Takda kerja lainlah melainkan menghadap laptop 24/7.

Alhamdulillah. Rezeki aku. Masa PMR aku, aku dapat 8A. Aku pun terkejut masa ambil result tu. Yelahh. Dahlah selalu ponteng kelas. Tup tup, dapat pulak straight A's. Okayh. Dah namanya rezeki.

Aku adalah juga mohon sekolah asrama. Tapi, aku prefer SMT, sbb aku pun actually tak berapa nak confident dgn pencapaian aku. Tapi, dah namanya rezeki. Aku dapat pula masuk SBP. Mula-mula tu ingat taknak masuk. Yelahh. Kalau aku nak masuk, dari dulu lagi aku dah masuk. UPSR aku pun straight A's. Tapi, aku taknak masuk SBP. Aku pun dah lupa sbb apa aku taknak masuk SBP masa tu.

Nak dipendekkan cerita, aku pun masuk ke inteJ. InteJ tu shortform untuk Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol. Okayh. Kalau korang tak pernah dengar nama sekolah aku ni, aku lagilah tak pernah dengar. Senang cerita aku sekolah spesis SBPI. Ha. Kan senang sikit nak tulis.

Aku daftar 29.01.2013. Mula-mula tu macam culture shock jugalahh. Yelahh. Ape taknye. Semua pakai tudung labuhh yang dah macam ustazah pilihan. Terkejut makk. Aku ni dahlaa dari sekolah harian, biasa pakai tudung pendek, baju lengan pendek, muka pun kerek terlebih. Tup tup, berubah hidup aku 360'.

Aku mula kenal erti sebenar kawan dari sekolah ni lahh. Kawan yang memimpin ke jannah. Selama aku hidup, aku tak pernah terfikir aku akan ada sahabat seperti mereka. Serious, aku sayang diaorang sangat-sangat. Aku ambil aliran sains teknikal. Tahu tak? Heish. Tak semua orang tahu subjek apa yang aku ambil. Act, aku ambil juga fizik, kimia, addmath, mathematic modern, bm, bi, sej, pai, dan yang spesyel sikit fasal sains teknikal ni, kitorang ambil lukisan kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan. Teknologi kejuruteraan ni macam gabungan semua jenis kejuruteraan lah.

Aku mula berubah. Ehh, mestilah ke arah kebaikan. Kawan2 yang banyak bimbing aku. Mereka ajar aku pakai handsocks. Tahu tak, lelaki boleh tahu macam2 mengenai tubuh kita kalau kita tak jaga aurat kita baik2. Takut makk.
Kawan2 juga ajar aku kepentingan solat sunat.

Bukan nak asyik cerita baik2. Kawan2 aku juga act gila2. Nampak je pakai tudung labuh. Tapi, dah namanya perempuan kan, lumrah perempuan tetap tak diabaikan. Hehe. Kalau bergossip, megumpat, menyanyi macam org gila tu, dll dah macam perkara biasa. Tapi, gila2 kami pun, masih ada limit.

Sekarang. Dah habis SPM dahh pun. Tunggu result je lagi. Tup tup, kawan lama aku, masa aku sekolah harian dulu contact aku. Serious aku serba salah. Aku takut aku tak macam duku, walaupun aku memang dah tak macam dulu. Aku takut diaorang tak selesa dgn the new me.

Arghhh. Sedih. Tapi jujur aku kata kawan aku yang dulu dan kawan aku yang kini setiap mereka ada keistimewaan yg tersendiri.

Aku nak contact diorang pun. Tak berani. Jadi aku tunggu masa je nak jumpa diorang. Nak settlekan semua sebelum aku ke mana2 IPT.

Punyalah panjang aku bercerita. Sebenarnya. Aku just nak sampaikan. Alasan aku dah lama tak update blog. Hehe. Semua sebab aku masuk asrama. Then, aku punya rezeki lagi lahh kan. Dapat pula plkn. Sekarang baru ada chance nak update. :)

No comments:

Post a Comment